Alhamdulillah untuk Ramadhan tahun ini, insyaAllah kita semua memperoleh kebaikan. :)
cerita 1 : ha! few days ago 1st time nak pergi solat terawikh di masjid as-syakirin uitm, janji 8.30 gerak, al kisahnya jaja punca terlewatnya beberapa minit maka bergeraklah kami tatkala azan berkumandang. masing-masing dah mula buka langkah seribu. tapi dengan izin Allah, maka telah dihantar seorang hamba oleh Nya untuk membantu kami. perlahan Myvi putih tersebut di sebelah kami lalu ingin menumpakan kami ke masjid. seorang jejaka, samar-samar wajahnya kerana gelap malam. tersentuh hati kami sang gadis. Alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan kami. :)
cerita 2 : terawikh pada hari kedua bersama tetamu jemputan dari somalia. satu uitm blackout ketika mengerjakan solat terawikh. tetapi waktu itu aku merasakan ketenangan malam. astaghfirullah betapa indah perasaan itu. dalam gelap malam pulang ke kolej, mulalah berfikir 2,3 jenak. makin dalam memikirkan setiap keajaiban dunia. betapa hebatnya kuasa Allah.
setiap perkara yang berlaku, kecil mahupun besar. di bulan Ramadhan in terlihatnya setiap kebesaran Allah. Alhamdulillah aku masih diberi peluang di dunia. bukan sekadar peluang ke-2, malah entah ke berapa puluh kali. :')
No comments:
Post a Comment